Sunday, October 18, 2009

Pertandingan Mencipta Logo 5S

Posted on 9:25 PM by JK Promosi

16 April 2009 - Melalui mesyuarat JK Pemandu Bil 2.2009 pada 14 April 2009, satu Pertandingan Mencipta Logo 5S antara Bahagian akan diadakan. Setiap Bahagian dikehendaki menyertai pertandingan tersebut. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 21 April 2009 dan setiap Bahagian dipohon menghantar logo ke Unit Kualiti (Pintu 2.12.2).

Perincian Pertandingan

1. Terbuka kepada semua warga Bahagian Awam Kementerian Pertahanan.
2. Setiap Bahagian dibenarkan menghantar seberapa banyak logo.
3. Logo yang dicipta hendaklah : -
a) Disertakan dengan tema.
b) Warna logo tidak lebih tiga (3) warna
c) Setiap logo hendaklah mempunyai justifikasi rekabentuk dan warna
d) Logo hendaklah dihantar ke Urus Setia dalam medium softcopy dan hardcopy color
printing.
4. Hanya pemenang pertama sahaja akan dipilih
5. Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500.00 akan diberikan kepada Bahagian yang
menjadi pemenang.
6. Keputusan adalah MUKTAMAD dan menjadi hak milik Urus Setia.


No Response to "Pertandingan Mencipta Logo 5S"

Leave A Reply